| KELAB BALKIS

 

PROGRAM INTENSIF AL-QURAAN MUSIM CUTI 2009

" Ke Arah Celik Al-Quraan Dan Akhlak Cemerlang "

(TAHUN KE 12)

Bermula  : 01/12/2009 sehingga 21/12/2009

 

RASIONAL

Anak-anak merupakan aset yang tidak ternilai sekaligus amanah kepada ibu bapa. Kadangkala, gelap atau cerahnya masa depan anak-anak menjadi ukuran kepada kejayaan sesebuah rumahtangga. yang pastinya, setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Melihatkan kepada kebimbangan ibu bapa dan masalah keruntuhan akhlak anak-anak masa kini terutama semasa cuti sekolah akhir tahun yang panjang, maka KELAB BALKIS telah menganjurkan satu program tahunan khusus untuk anak-anak bagi membantu ibu bapa mengekang  anak-anak daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

 PROGRAM INTENSIF AL-QURAAN ialah satu program yang menitik beratkan Pengajian Al-Quran, Fardhu Ain & Cemerlang Akhlak kepada peserta-peserta (anak-anak) agar ianya boleh dijadikan panduan di dalam diri anak-anak untuk menuju dewasa.

 Sabda Rasulullah S.A.W : Setiap kelahiran (anak) itu dilahirkan mengikut fitrah (ibarat kain yang putih), dan ibu bapa merekalah (yang mencorakkannya) samaada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Maksud Hadith.

 

Ibu Bapa Yang Budiman ,

Adakah anda menghadapi masalah berikut?

  • Anak anda sudah Sek. Men. tetapi masih buta Al-Quraan.

  • Tidak dapat memberi perhatian kepada pengajian/pendidikan Al-Quraan anak anda.

  • Membelanjakan wang yg banyak untuk pengajian/kelas Al-Quraan anak tetapi anak anda masih gagal membaca Al-Quraan.

  • Anak anda sudah hilang minat belajar Al-Quraan kerana masa terlalu panjang untuk belajar/khatam Al-Quraan.

  • Risau dengan aktiviti anak-anak di musim cuti sekolah.

  • Anak anda mempunyai masalah akhlak atau terlibat dgn gejala sosial.

  • Anak anda tidak menghormati orang tua.

Kini anda tidak perlu bimbang lagi..!

Kami bersedia untuk BERSAMA menyelesaikan masalah anda..!

 

Pelajar lelaki dan Perempuan, berusia 10 - 17 tahun yang belum boleh membaca Al-Quraan atau yang sudah boleh membaca Al-Quraan tetapi ingin mengkhatamkan Al-Quraan secara bertajwid dalam masa yang singkat (20 hari).

 

SABDA NABI "SAW" :

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quraan dan mengajarnya"
                                                                               (Hadith riwayat Bukhari)


" Bacalah Al-Quraan kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya."
                                                                               (Hadith riwayat Muslim)

"Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Quraan maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf."
                                                                                (Hadith riwayat Tarmidzi)

 

MATLAMAT PROGRAM

  • Membantu ibu bapa untuk memulihkan anak-anak yang lemah Al-Quraan.

  • memberi latihan membaca dan belajar Al-Quraan serta memantapkan pembacaannya mengikut hukum-hukum dan keadah yang betul.

  • menanam rasa cinta dan sayang kepada Agama Islam dan Al-Quraan sebagai panduan hidup dan juga pedoman abadi.

  • memupuk sikap ingin memahami isi kandungan ayat-ayat suci Al-Quraan.

  • menanam rasa cinta dan hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara.

  • membina dan membimbing pelajar berdisiplin, berakhlak dan bertaqwa.

  • membina keperibadian pelajar yang berdaya saing dlm menghadapi kehidupan yang semakin canggih dan mencabar.

  • meningkatkan kefahaman dan amalan untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

 

PENGISIAN PROGRAM

  • Kelas khatam & celik Al-Quraan.

  • motivasi, tazkirah & bimbingan secara langsung.

  • Pengukuhan asas fardhu ain.

  • Qiamullail.

  • praktikal azan & imam.

  • bistari solat.

  • Latihan dalam kumpulan.

  • permainan motivasi.

  • dan pelbagai lagi.

 

SIAPAKAH YANG AKAN MENGENDALIKAN PROGRAM INI?

Program ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yg berpengalaman dalam bidang Al-Quraan dan juga motivasi.

 

APA YANG ANAK ANDA AKAN DAPAT APABILA MENGIKUTI PROGRAM INI?

  Setamatnya program ini, peserta akan dapat :

  • Membaca Al-Quraan (bagi peserta yang belum boleh membaca Al-Quraan sebelum program)

  • Khatam Al-Quraan (bagi peserta yang telah boleh membaca Al-Quraan sebelum program).

  • Membaca Fatihah dgn betul.

  • Memantapkan pembacaan Al-Quraan mengikut hukum-hukum dan kaedah yang betul.

  • Meningkatkan kefahaman dalam perkara asas fardhu 'ain.

  • Pendedahan bagaimana cara solat dgn betul mengikut Al-quraan dan Sunnah.

  • Pendedahan kepada solat-solat sunat, seperti Tahajjud,Dhuha,Taubat, Hajat dan yang lain-lain lagi.

  • Pendedahan cara azan, menjadi Imam di dalam solat.

  • Pendedahan kepada latihan dalam kumpulan (LDK)

  • Pengalaman baru..yang pastinya akan memberi input yang amat berguna kepada masa depan anak anda.

 

                      APA KATA PESERTA PROGRAM YG LALU                                 

 
  • Di Kelab Balkis saya dapat belajar agama dan mengenal huruf jawi.
  • belajar hidup berdikari.
  • dapat ramai kenalan baru..ada yg dari sarawak.
  • apabila balik ke rumah saya akan mengubah perangai saya, harap saya akan datang semula ke sini pada tahun 2007.

 ~ Nur Farzana Nadhirah Binti Amin, 14 tahun, peserta 2006


 
  • saya rasa telah berubah sejak datang ke sini, kerana banyak program. saya juga telah mengenal huruf-huruf dan boleh membaca Al-Quran. antara perbezaan yg saya rasa ialah :
  • rajin bersolat daripada sebelum ini.
  • bangun solat subuh.

 ~ Nurul Amalina Ghazali, 13 tahun, peserta 2006

 
  • I like this programme because I can learn more about Al-Quran and agama. Al-Quran is important in our live. Al-Quran can improve our iman in the future. I also know about solat that before I doesn't know it. I also get new experience in my life that before I can't get it such as Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Good luck for Kelab Balkis!

~ Mohd Haris Bin Mokhtar, 15 tahun, peserta 2005

  • " Saya sudah belajar banyak tentang agama Islam, contohnya tajwid, bacaan Al-Quran dengan betul, solat-solat sunat yang tidak pernah saya lakukan di rumah dan macam-macam lagi. Di sini solat secara berjemaah membuatkan saya seronok sembahyang bersama. Saya berasa bertuah kerana ibubapa saya sanggup menghabiskan duit untuk menghantar ke Kelab Balkis semata-mata untuk belajar Al-Quran dan lain-lain. Saya juga dapat mengisi masa cuti dengan perkara yang berfaedah. Di sini saya telah khatam Al-Quran sebanyak 2 kali dan banyak menghafal surah-surah penting. Ustaz dan Ustazah sangat baik dan banyak mengambil berat tentang pelajar-pelajarnya. I'm very proud to be here. Thanks a lot mom & dad! "

~ Siti Nur Sarah Bt. Jaya, 13 tahun, peserta 2005


  • I like myselft today because I get my target to "khatam Al-Quran" here. Beside that I can change my habits such as didn't pray subuh, read Al-Quran and many thing I don't remember. I also like to do qiamullail everyday in Surau Tok Wan Ali Kutan.

~ Aiman Bin Mustafa, 14 tahun, peserta 2004


  • "Genap 20 hari saya berada di Kelab Balkis. Tahun ini juga tahun yang ke-2 saya ke sini. Sekarang ini, saya sudah berumur 13 tahun dan di sini saya dapat mempelajari ilmu untuk mencari kebahagiaan saya di dunia dan akhirat. Malahan juga saya banyak mendapat kenalan baru yang datang dari semua arah mata angin. Kami dapat berkongsi makanan atau bertukar pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah selain itu saya dapat bangun awal pagi untuk beribadah kepada Allah. Di sini juga saya mengucapkan terima kasih kepada Ustaz dan Ustazah di atas jasa mereka semua. Saya dapat sesuatu pengalaman yang baru di sini."

~ Wan Mohd Adlan Bin Wan Mohammad, 13 tahun, peserta 2004


  • "Saya mendapat banyak pengalaman baru di sini. Dapat membaca Al-Quran dengan lebih baik dan lancar berbanding dulu. Saya juga lebih memahami orang lain daripada dulu. Di sini saya belajar cara sembahyang yang betul dan berbagai lagi. Saya juga lebih jelas tentang matlamat hidup ini dan di sini membuatkan hidup saya lebih matang dan berdikari. Terima kasih Kelab Balkis, terima kasih juga ayah dan ibu kerana menghantar saya ke sini."

~ Nur Ain Amirah Bt. Fauzi, 12 tahun, Peserta 2004


I like this program because :
  • Can resite the Al-Quran better
  • Be a better person
  • Can change my bad habit
  • Feel more confident and independent
  • Learn many things
  • Can finish the Al-Quran within two weeks

~ Wan Nur Fareeha Bt. Wan Azmi, 12 tahun, peserta 2003


"Dengan adanya program ini, saya berasa bangga kerana:
  • Mendapat ramai kenalan baru
  • Dapat melancarkan Al-Quran dengan bertajwid
  • Dapat berdikari sendiri semasa ibu dan ayah tiada di sisi
  • Ilmu pengetahuan semakin bertambah
  • Dapat mempelajari sembahyang sunat tahajjud dan dhuha
  • Saya rasa bersyukur kerana tuhan telah memilih saya ke sini
  • Saya berterima kasih kepada ibubapa saya kerana sanggup menghabiskan duit kerana saya
  • Saya dapat rasa susah senang di sini
  • Semoga saya dapat mengikuti program ini lagi di masa lain

~ Nadia Nazira Abd Razak, 12 tahun, peserta 2003


 

                          APA KATA IBU BAPA PULA :                        

  • " Alhamdulillah setelah mengikuti program ini anak saya telah mengalami banyak perubahan terutamanya di dalam pengajian Al-Quran. "


~ En. Ahmat Nasiri
  GURU


  • " Selain mendedahkan peserta dengan kaedah bacaan Al-Quran secara bertajwid, program ini juga dapat menjana minda dan kepimpinan anak-anak kita dengan lebih berkesan. Saya berterima kasih kepada Kelab Balkis kerana menganjurkan program seperti ini "



~ Puan Ainon
Ahli Perniagaan


  • " Perubahan yang positif dapat dilihat pada anak saya setelah menjalani program ini, sungguh berkesan "

~ Puan Aini Bt. Ismail


  • " Sebelum ke KELAB BALKIS anak saya tak pernah Khatam Al-Quraan, selepas 21 hari mengikuti program ini..alhamdulillah anak saya telah khatam Al-Quran.

~ Encik Wan Mat Razali

  •  " Alhamdulillah selepas mengikuti program ini saya nampak ada perubahan pada anak saya. sebelum ini anak saya selalu melawan cakap saya dan ibunya, tetapi selepas mengikuti program ini dia telah berubah. Syukur kepada Allah."

~Hj Syukran

 

TENTATIF PROGRAM

 Hari Pertama :

 08.00 - 10.00              : Pendaftaran & Penilaian Peserta

 10.00 - 11.30              : Taklimat & perasmian program

 11.30 - 01.00              : Pengedaran pelajar ke kelas

 01.00 - 02.00              : Solat Zohor & Makan tengahhari

 02.00 - 04.30              : Al-Quran dgn bimbingan

 04.30 - 05.30              : Solat Asar & seliaan fardhu 'Ain

 05.30 - 06.45              : Rehat / Khidmat diri & Makan Malam

 06.45 - 09.00              : Solat Maghrib, Kuliah 1 & Solat Isyak

 09.00 - 10.30              : LDK 1 : Taa'ruf / Ukhuwwah, mengapa aku di sini & Adab Tidur

 11.00                         : Tidur

 

 Hari Kedua :

 05.00 - 06.00              : Solat Sunat Tahajjud, Taubat.

 06.00 - 08.00              : Solat Subuh, Hafal Yasin

 08.00 - 08.30              : Solat Dhuha, Kudapan Pagi

 08.30 - 10.30              : Al-Quran dgn bimbingan

 10.30 - 11.00              : Rehat / Persegaran

 11.00 - 12.30              : Al-Quran dgn bimbingan

 12.30 - 01.30              : Rehat & Lunch Time / Ghada'

 01.30 - 02.00              : Solat Zohor

 02.00 - 04.30              : Al-Quran dgn bimbingan

 04.30 - 05.30              : Solat Asar & seliaan fardhu 'Ain

 05.30 - 06.45              : Rehat / Khidmat diri & makan malam

 06.45 - 09.00              : Solat Maghrib, Kuliah 2 , Solat Isyak , witir

 09.00 - 10.30              : LDK 2 : Mengapa Aku Di Sini?

 11.00                         : Tidur

 * Jadual hari ketiga dan seterusnya adalah sama (waktu program) seperti hari kedua.

 * Jadual ini tertakluk pada perubahan.

 

 

 PENDAFTARAN KINI DI BUKA...!

DAFTAR SEGERA...TEMPAT TERHAD..!

Hanya RM680 utk 21 hari

 (Termasuk Modul,Sijil,Gambar,Makan Minum, Dobi, Penginapan serta dalam kawalan 24jam )

 Terhad untuk 150 pelajar sahaja

  PESERTA TELAH PENUH - PENDAFTARAN DI TUTUP

** Bagi Peserta Adik-Beradik, Yuran Peserta Ke 2 & Seterusnya Hanya RM 660 Sahaja.

Daftar Segera Sementara Masih Ada Kekosongan..!!

INSYAALLAH, KAMI MENJANJIKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK ANDA..!

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI..!

sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kami.

 

Bayaran Pendaftaran boleh dibuat atas nama KELAB BALKIS di

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) :

03-036-01-0000781

Klik Di sini Untuk Ke BANK ISLAM Internet Banking

 

 

KEPERLUAN SEPANJANG PROGRAM - KLIK DI SINI

Keatas

© 2006-2009 KELAB BALKIS. Template design by Mohar. E-Mail: info@kelabbalkis.com| Paparan terbaik dalam Internet Explorer dan Avant Browser dengan resolusi 1024 * 768 |

KELAB BALKIS

Lot 2103, Taman Kenangan, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200, Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7462977, 019-9807501,013-9755354, 013-9357726  Fax: 09-7434485.