
PROGRAM INTENSIF AL-QURAN
MUSIM CUTI 2019
(TAHUN KE
22)
" Ke Arah Celik Al-Quran Dan Akhlak
Mulia "
Bermula :
30/11/2019 (Sabtu)
sehingga :
20/12/2019 (Jumaat)
(selama 21 hari)
Kini kembali lagi dengan pengisian yg lebih mantap.
Dapatkan
diskaun
dengan mendaftar sebelum 02
November 2019
|
RASIONAL |
Anak-anak merupakan aset yang tidak ternilai
sekaligus amanah kepada ibu bapa. Kadangkala,
gelap atau cerahnya masa depan anak-anak menjadi
ukuran kepada kejayaan sesebuah rumahtangga.
yang pastinya, setiap ibu bapa inginkan yang
terbaik untuk anak-anak mereka.
Melihatkan kepada kebimbangan ibu bapa dan
masalah keruntuhan akhlak anak-anak masa kini
terutama semasa cuti sekolah akhir tahun yang
panjang, maka KELAB BALKIS telah menganjurkan
satu program tahunan khusus untuk anak-anak bagi
membantu ibu bapa mengekang
anak-anak daripada melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah.
PROGRAM
INTENSIF AL-QURAN ialah satu program yang
menitik beratkan
Pengajian Al-Quran, Fardhu Ain & Cemerlang
Akhlak
kepada peserta-peserta (anak-anak) agar ianya
boleh dijadikan panduan di dalam diri anak-anak
untuk menuju dewasa.
Sabda Rasulullah S.A.W : Setiap kelahiran
(anak) itu dilahirkan mengikut fitrah (ibarat
kain yang putih), dan ibu bapa merekalah (yang
mencorakkannya) samaada menjadi Yahudi, Majusi
atau Nasrani. Maksud Hadith.
|
Ibu Bapa Yang Budiman ,
Adakah anda menghadapi masalah berikut?
-
Anak anda sudah Sek. Men. tetapi masih
buta Al-Quran.
-
Tidak dapat memberi perhatian kepada pengajian/pendidikan Al-Quraan anak anda.
-
Membelanjakan wang yg banyak untuk pengajian/kelas Al-Quraan anak tetapi
anak anda masih gagal membaca Al-Quraan.
-
Anak anda sudah
hilang minat belajar Al-Quraan
kerana masa terlalu panjang untuk belajar/khatam Al-Quraan.
-
Risau dengan aktiviti anak-anak di musim cuti sekolah.
-
Anak anda mempunyai masalah akhlak atau terlibat dgn gejala sosial.
-
Anak anda
tidak menghormati orang tua.
Kini anda tidak perlu bimbang lagi..!
Kami bersedia untuk BERSAMA menyelesaikan masalah anda..!
|

Pelajar lelaki dan Perempuan, berusia 10 - 17 tahun yang belum boleh membaca Al-Quraan atau yang sudah boleh membaca Al-Quraan tetapi ingin mengkhatamkan Al-Quraan secara bertajwid dalam masa yang singkat (21 hari). |
|
SABDA NABI "SAW" :
"Sebaik-baik kamu adalah yang
mempelajari Al-Quraan dan mengajarnya"
(Hadith riwayat Bukhari)
" Bacalah Al-Quraan
kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat
memberi syafaat kepada pembacanya."
(Hadith riwayat Muslim)
"Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Quraan maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)
|
MATLAMAT PROGRAM |
-
Membantu ibu bapa untuk memulihkan anak-anak yang lemah Al-Quraan. -
memberi latihan membaca dan belajar Al-Quraan serta memantapkan pembacaannya mengikut hukum-hukum dan keadah yang betul. -
menanam rasa cinta dan sayang kepada Agama Islam dan Al-Quraan sebagai panduan hidup dan juga pedoman abadi. -
memupuk sikap ingin memahami isi kandungan ayat-ayat suci Al-Quraan. -
menanam rasa cinta dan hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara. -
membina dan membimbing pelajar berdisiplin, berakhlak dan bertaqwa. -
membina keperibadian pelajar yang berdaya saing dlm menghadapi kehidupan yang semakin canggih dan mencabar. -
meningkatkan kefahaman dan amalan untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. |
PENGISIAN PROGRAM
|
-
Kelas khatam & celik Al-Quraan.
-
Motivasi, tazkirah & bimbingan secara langsung.
-
Pengukuhan asas fardhu ain.
-
Bestari Solat, Qiamullail,
Kuliah Subuh & Maghrib
-
Praktikal azan & imam.
-
Oh My Solat.
-
Bengkel Al Fatihah, Pengurusan Jenazah
-
Latihan dalam kumpulan
& permainan motivasi.
-
Bimbingan Akhlak dan Kaunseling.
-
dan pelbagai lagi.
|
SIAPAKAH PENGENDALI PROGRAM INI |
Program ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yg berpengalaman dalam bidang Al-Quraan dan juga motivasi. |
APA YANG ANAK ANDA AKAN DAPAT APABILA MENGIKUTI PROGRAM INI? |
Selesai program ini, peserta akan dapat :
-
Membaca Al-Quraan (bagi peserta yang belum boleh membaca Al-Quraan sebelum program)
-
Khatam Al-Quraan (bagi peserta yang telah boleh membaca Al-Quraan sebelum program).
-
Membaca Fatihah dgn betul.
-
Memantapkan pembacaan Al-Quraan mengikut hukum-hukum dan kaedah yang betul.
-
Meningkatkan kefahaman dalam perkara asas fardhu 'ain.
-
Pendedahan bagaimana cara solat dgn betul mengikut Al-quraan dan Sunnah.
-
Pendedahan kepada solat-solat sunat, seperti Tahajjud,Dhuha,Taubat, Hajat dan yang lain-lain lagi.
-
Pendedahan cara azan, menjadi Imam di dalam solat.
-
Pendedahan kepada latihan dalam kumpulan (LDK)
-
Pengalaman baru..yang pastinya akan memberi input yang amat berguna kepada masa depan anak anda.
|
APA KATA PESERTA PROGRAM YG LALU
|
-
Di Kelab Balkis saya dapat belajar agama
dan mengenal huruf jawi.
-
belajar hidup berdikari.
-
dapat ramai kenalan baru..ada yg dari sarawak.
-
apabila balik ke rumah saya akan mengubah perangai saya, harap saya akan datang semula ke sini pada tahun 2007.
~
Nur Farzana Nadhirah Binti Amin, 14 tahun, peserta 2006
|
-
saya rasa telah berubah sejak datang ke sini, kerana banyak program. saya juga
telah mengenal huruf-huruf dan boleh membaca Al-Quran. antara perbezaan yg saya rasa ialah :
-
rajin bersolat daripada sebelum ini.
-
bangun solat subuh.
~
Nurul Amalina Ghazali, 13 tahun, peserta 2006 |
-
I like this programme because
I can learn more about Al-Quran and agama.
Al-Quran is important in our live. Al-Quran can improve our iman in the future. I also know about solat that before I doesn't know it. I also get
new experience in my life
that before I can't get it such as
Latihan Dalam Kumpulan
(LDK).
Good luck for Kelab Balkis!
~ Mohd Haris Bin Mokhtar, 15 tahun, peserta 2005
|
-
" Saya sudah belajar banyak tentang agama Islam, contohnya tajwid, bacaan Al-Quran dengan betul, solat-solat sunat yang tidak pernah saya lakukan di rumah dan macam-macam lagi. Di sini
solat secara berjemaah membuatkan saya seronok sembahyang bersama. Saya berasa bertuah kerana ibubapa saya sanggup menghabiskan duit untuk menghantar ke Kelab Balkis semata-mata untuk belajar Al-Quran dan lain-lain. Saya juga dapat mengisi masa cuti dengan perkara yang berfaedah. Di sini saya telah khatam Al-Quran sebanyak 2 kali dan banyak menghafal surah-surah penting. Ustaz dan Ustazah sangat baik dan banyak mengambil berat tentang pelajar-pelajarnya.
I'm very proud to be here. Thanks a lot mom & dad!
"
~ Siti Nur Sarah Bt. Jaya, 13 tahun, peserta 2005
|
 |
-
I like myselft today because I get
my target to
"khatam Al-Quran" here.
Beside that I can
change my habits such as didn't
pray subuh,
read Al-Quran and many thing I don't
remember. I also like to do
qiamullail everyday in Surau Tok Wan
Ali Kutan.
~ Aiman Bin Mustafa, 14 tahun, peserta
2004
|
-
"Genap 20 hari saya berada di Kelab
Balkis. Tahun ini juga
tahun yang ke-2 saya ke sini.
Sekarang ini, saya sudah berumur 13
tahun dan di sini saya dapat
mempelajari ilmu untuk mencari
kebahagiaan saya di dunia dan
akhirat. Malahan juga saya banyak
mendapat kenalan baru yang datang
dari semua arah mata angin. Kami
dapat berkongsi makanan atau
bertukar pendapat untuk
menyelesaikan sesuatu masalah selain
itu saya
dapat bangun awal pagi untuk
beribadah kepada Allah.
Di sini juga saya mengucapkan terima
kasih kepada Ustaz dan Ustazah di
atas jasa mereka semua. Saya dapat
sesuatu pengalaman yang baru di sini."
~ Wan Mohd Adlan Bin Wan Mohammad, 13
tahun, peserta 2004
|
-
"Saya telah khatam Al Quran dan
dapat membaca Al Quran dengan tajwid
& hukum yang betul. Saya juga telah
mendirikan solat 5 waktu dengan
ajaran daripada ustaz dan
ustazah. Saya juga mendapat banyak
ilmu agama yang sebelum ini saya
tidak tahu. saya semakin yakin
dengan diri saya sekarang dalam
menjalni ibadah seharian.
~ Tengku Kamariah, 13 tahun,
Peserta 2017
|
.gif) |
I like this program because :
-
Can resite the Al-Quran
better
-
Be a better person
-
Can change my bad habit
-
Feel more
confident and
independent
-
Learn many things
-
Can finish the
Al-Quran within two
weeks
Wan Nur Fareeha Bt. Wan Azmi,
12 tahun, peserta 2003
|
"Dengan adanya program ini, saya berasa
bangga kerana:
-
Mendapat ramai kenalan baru
-
Dapat melancarkan
Al-Quran dengan bertajwid
dan
bertartil.
-
Dapat berdikari sendiri
semasa ibu dan ayah tiada di
sisi
-
Ilmu pengetahuan semakin
bertambah
-
Dapat mempelajari sembahyang
sunat tahajjud dan dhuha
-
Saya rasa bersyukur kerana
tuhan telah memilih saya ke
sini
-
Saya berterima kasih kepada
ibubapa saya kerana sanggup
menghabiskan duit kerana
saya
-
Saya dapat rasa susah senang
di sini
-
Semoga saya dapat mengikuti
program ini lagi di masa
lain
Nadia Nazira Abd Razak, 12 tahun,
peserta 2003
|
APA KATA IBU BAPA PULA |
-
" Alhamdulillah setelah mengikuti program ini anak saya telah mengalami banyak perubahan terutamanya di dalam pengajian Al-Quran,
lebih menghormati orang tua. Ada sifat
kepimpinan dalam diri beliau, terima kasih
kepada semua para Fasi dan penganjur Kelab
Balkis. Teruskan usaha ini, semoga ramai
lagi anak-anak yang dapat ilmu yang
bermanfaat ini".

~ Puan Nurul
PENGURUS
|
-
" Selain mendedahkan peserta dengan kaedah bacaan Al-Quran secara bertajwid, program ini juga dapat menjana minda dan kepimpinan anak-anak kita dengan lebih berkesan. Saya berterima kasih kepada Kelab Balkis kerana menganjurkan program seperti ini "
~ Puan Ainon
Ahli Perniagaan
|
-
" Perubahan yang positif dapat dilihat pada anak saya setelah menjalani program ini, sungguh berkesan
dan saya amat berpuas hati dengan program
seperti ini. "
~ Puan
Rosehasniza Binti Mansor
|
-
" Sebelum ke KELAB BALKIS anak saya tak pernah Khatam Al-Quraan, selepas 21 hari mengikuti program ini..alhamdulillah anak saya telah khatam Al-Quran.
~ Encik Wan Mat Razali
|
-
" Alhamdulillah selepas mengikuti program ini saya nampak ada perubahan pada anak saya. sebelum ini anak saya selalu melawan cakap saya dan ibunya, tetapi selepas mengikuti program ini dia telah berubah. Syukur kepada Allah."
~Hj Syukran |
TENTATIF PROGRAM |
Hari
Pertama
:
08.00 - 10.00 : Pendaftaran &
Penilaian Peserta 10.00 - 11.30 :
Taklimat & perasmian program 11.30 -
01.00 : Pengedaran pelajar ke kelas
01.00 - 02.00 : Solat Zohor & Makan
tengahhari 02.00 - 04.30 :
Al-Quran dgn bimbingan 04.30 -
05.30 : Solat Asar & seliaan fardhu 'Ain
05.30 - 06.45 : Rehat / Khidmat diri
& Makan Malam 06.45 - 09.00 :
Solat Maghrib, Kuliah 1 & Solat Isyak
09.00 - 10.30 : LDK 1:Taa'ruf & Adab
Tidur) 11.00 malam : Tidur
Hari Kedua :
05.00 - 06.00 : Solat Sunat
Tahajjud, Taubat. 06.00 - 08.00 :
Solat Subuh, Hafal Yasin 08.00 -
08.30 : Solat Dhuha, Kudapan Pagi
08.30 - 10.30 : Al-Quran dgn
bimbingan 10.30 - 11.00 : Rehat /
Persegaran 11.00 - 12.30 :
Al-Quran dgn bimbingan 12.30 -
01.30 : Rehat & Lunch Time / Ghada'
01.30 - 02.00 : Solat Zohor 02.00
- 04.30 : Al-Quran dgn bimbingan
04.30 - 05.30 : Solat Asar & seliaan
fardhu 'Ain 05.30 - 06.45 : Rehat
/ Khidmat diri & makan malam 06.45 -
09.00 : Solat Maghrib, Kuliah 2 ,
Solat Isyak , witir 09.00 -
10.30 : LDK 2 : Mengapa Aku Di Sini?
11.00 : Tidur
* Jadual hari ketiga & seterusnya adalah
sama (waktu program) seperti hari kedua.
* Jadual ini tertakluk pada perubahan. |
PENDAFTARAN
KINI DI BUKA...!
Yuran
Hanya
RM597 seorang
utk 21 hari
(Daftar sebelum 2hb Nov)
untuk mendapat tawaran dan harga istimewa.
Selepas 3hb Nov harga akan kembali ke asal iaitu
RM659.
(Termasuk Penginapan
berhawa dingin, dewan berhawa dingin, Makan Minum, Modul
& buku nota, beg, Sijil penyertaan,Gambar
group berframe, Dobi, serta dalam kawalan 24 jam )
Terhad untuk
100 pelajar sahaja
HANYA TINGGAL
50
KEKOSONGAN SAHAJA
Daftar Segera Sementara Masih Ada Kekosongan..!!
Tempahan tempat boleh dibuat dgn mendaftar secara bayaran penuh atau bayaran deposit.
INSYAALLAH, KAMI MENJANJIKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK ANDA..!
JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI..! |
TAWARAN DAN SYARAT: |
- Mendaftar sebelum
02 November dengan bayaran penuh layak mendapat
diskaun iaitu harga paling murah
dengan kemudahan yang lengkap iaitu
RM597 sahaja.
Selepas 3hb Nov harga akan kembali ke
asal
RM659
- membawa bersama 10 orang peserta, maka anda adalah percuma.
- Tempahan tempat boleh dibuat secara bayaran penuh atau bayaran deposit RM200.
- Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan di buat oleh pihak peserta
dalam masa 30 hari sebelum program bermula.
- Deposit akan dipulangkan sekiranya pembatalan program dibuat oleh pihak
penganjur.
- Peserta & Ibu Bapa / Penjaga hendaklah bersetuju dengan segala peraturan &
syarat program.
- Ibu Bapa / Penjaga hendaklah bersetuju menyerahkan anak semasa program ke
bawah jagaan penganjur.
- Ibu bapa / penjaga bersetuju memberi kuasa kepada pihak penganjur mengambil
sebarang tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang kemalangan ke atas peserta.
|
BAYARAN |
Bayaran Pendaftaran boleh di masukkan ke akaun :
KELAB BALKIS
03-036-01-0000781
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Klik di sini untuk
MEMUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN
Klik di sini
KEPERLUAN
PESERTA SEPANJANG PROGRAM
Klik di sini
BORANG TESTIMONI IBUBAPA
Klik di sini
MAKLUMAT KEM
Klik di sini
FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ)
|
KELAB BALKIS
Lot 2103, Taman Kenangan, Jalan Abdul Kadir Adabi,
15200, Kota Bharu, Kelantan.
Tel:
09-7462977
0111-075 0220
013-971 2970
E-Mail:
kelabbalkis98@gmail.com
info@kelabbalkis.com
Paparan terbaik dengan Internet Explorer dan Avant Browser dengan resolusi 1024 * 768 |
|